--A | A | ++A
LOGIN
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
PENGARAH

Dr. HJH ROHANA BT DAUD
PAUTAN I-PORTAL

- Register! or log in

JAM
CARIAN
KEMASKINI TERAKHIR
 

PENGENALAN

Stor integrasi adalah unit utama yang berperanan untuk menerima dan membekalkan keperluan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada unit-unit pengguna di hospital Machang dan Klinik Pergigian daerah Machang.

Terletak di bahagian belakang hospital iaitu berhampiran dengan Rumah Mayat di dalam kawasan berpagar . Terdiri dari bangunan utama Stor Integrasi (pejabat),Stor Barang Pukal, Stor Gas Perubatan dan Stor Mudah Terbakar. Unit ini juga diuruskan oleh seorang Pegawai Farmasi U44 dengan dibantu oleh dua orang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3 .

OBJEKTIF

◦ Memberi perkhidmatan yang cekap, teratur dan adil dari segi perolehan dan pembekalan semua keperluan perubatan iaitu ubat dan bukan ubat kepada unit-unit pengguna.
◦ Untuk menyelenggara stok barang keperluan yang mencukupi pada setiap masa.Mempastikan stok ubat dan bukan ubat sentiasa berada pada paras yang mencukupi dan dapat dibekalkan apabila diperlukan pada bila-bila masa sahaja.
◦ Menbelanjakan peruntukan secara optima tanpa pembaziran.


SKOP PERKHIDMATAN
Bertindak sebagai Stor Integrasi pada peringkat daerah yang akan menyelenggara stok
untuk hospital serta Klinik Pergigian.

Berperanan dalam membuat perolehan, menerima, menyimpan dan membekal ubat-
ubatan dan peralatan perubatan (pakai buang) untuk keperluan hospital dan klinik
Pergigian Daerah Machang.

Memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan mengamalkan/ mengimplementasikan
polisi-polisi farmasi yang dikeluarkan oleh KKM , Pengarah Perkhidmatan Farmasi,
Pengarah Kesihatan Negeri, Tim. Pengarah Kesihatan (Farmasi) dan Pengarah Hospital.


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend

back to top

PENAFIAN:  

Hospital Machang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh

penggunaan maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas , Google Chrome & Mozilla Firefox dengan resolusi 1366 x 768

Hakcipta Terpelihara © 2013 - Hospital Machang Kelantan

DASAR   Privasi   | Keselamatan   | Bantuan Dan Sokongan  

Peta Laman   | Peta Lokasi