UNIT KECEMASAN

[img align=center]http://hmachang.moh.gov.my/v3/uploads/img4f6411adf1310.jpg[/img]

[img align=center]http://hmachang.moh.gov.my/v3/uploads/img4f64109c026af.jpg[/img]
UNIT KECEMASAN PENGENALAN Bangunan unit ini mula beroperasi pada 01 Mac 2003 dengan kos RM198 ribu yang mana dahulunya unit ini berada di Klinik Pakar sekarang. Penambahan bangunan telah dimula pada 01.07.2004 dengan perbelanjaan RM62,272.00 bagi menampung kes-kes resusitasi atau triage MERAH, asthma bay, bilik Pegawai Perubatan Atas Panggilan, bilik Pendaftaran dan Triage Stesyen serta bilik Penyelia. ZON MERAH telah dikemaskini dengan peralatan mengikut keperluan dengan cadangan Ketua Jabatan Kecemasan HRPZ11 Unit ini merupakan unit Pesakit Luar Hospital Machang yang mana memberi perkhidmatan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Perkhidmatan mengutamakan kepada kes-kes kecemasan, kemalangan dan kecederaan, tenat dan mana-mana kes yang memerlukan rawatan segera atau serta merta. Pem. Tadbir N 22 ( KUP) ditempatkan di Kaunter Pendaftaran Kemasukan Wad bagi menjalankan tugas tambahan di kaunter tersebut. Hasil dan lain pungutan yang berkaitan akan dikendalikan oleh Pembantu Tadbir N22 (KUP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan. GAMBAR 1. Kaunter Pendaftaran dan Infomasi yang dikendalikan oleh PKP – bahagian hadapan. Kaunter Pendaftaran –bahagian dalam. Bahagian resusitasi serta triage merah. GAMBAR 4. Bahagian pemeriksaan pesakit oleh Penolong Pegawai Perubatan. OBJEKTIF Menyediakan perkhidmatan profesional bagi menepati kehendak pelangan dalam kontek Gemilang,Cermerlang dan Terbilang serta Penyayang, Bekerja Berpasukan dan Beratika yang mencerminkan Budi Pekerti Budaya Kita. SUMBER MANUSIA: Ketua Unit A&E U41 Dr. Wan NoorAfnan b. Wan Zulkafri Pegawai Perubatan U48 Penyelia U32 1 Pembantu Perubatan U29 11 Jururawat Masyarakat U14 8 Pem. Perawatan Kesihatan U12 1 Pem. Perawatan Kesihatan U3 7 Pemandu R6 4 Pemandu R3 10 SKOP TUGAS-TUGAS DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERI • Unit ini berfungsi 24 jam. • Rawatan awalan dan pemulihan kecemasan kepada pesakit dan merawat pesakit bagi kes-kes biasa selepas waktu pejabat dan hari-hari minggu jika perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan. • Menyediakan pekhidmatan ambulan, kereta jenazah dan kereta mayat. • Pusat rujukan kes-kes kecemasan di Daerah Machang atau sekeliling nya.dan pusat rujukan ke hospital-hospital lain. • Merupakan ‘front desk’ Hospital Machang terutama selepas waktu pejabat atau hari-hari minggu. • Juga merupakan Unit Pendaftaran Kemasukan pesakit kedalam wad. • Juga merupakan Unit Hasil semasa discaj lepas waktu pejabat dan hari- hari minggu. • Menyediakan perkhidmatan berkhatan pada musin cuti persekolahan. • Pusat perkhidmatan bencana alam. • One Stop Crisis Center • Memberi khidmat pelanggan kepada pelanggan dalaman dan juga luar. OBJEKTIF KUALITI 1. Semua Panggilan Perkhidmatan Ambulan akan bertindak serta merta dan bertolak ke distinasi dan akan sampai ke distinasi tidak melebihi 10 minit, dalam pada itu ianya akan dikemaskini lagi setelah penguatkuasaan Sistem Panggilan Berpusat berjalan. 2. Unit ini memberi rawatan mengikut Sistem Penyaringan / triage • MERAH – Pesakit yang kritikal atau dalam keadaan mengacam nyawa - mesti diberi rawata serta merta atau kurang dari 5 minit. • KUNING – Pesakit separa kritikal ia itu berlaku pendarahan, datang berpapah / sokongan mesti diberi rawatan dalam masa 15 – 30 minit. • HIJAU – Bagi kes-kes biasa 1 jam. 3. Setiap pesakit akan diberi layanan sama rata, adil dan bertimbangrasa dengan penuh budipekerti . 4. Kami berjanji akan sentiasa memberi perkhidmatan dari masa kesemasa seiring dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan dan keperluan sejagat. Jumlah kedatangan mengikut triage: Zon merah – 707 Zon kuning - 4,204 Zon hijau – 29,220 Ulangan - 6,229 Total kes 2010 - 40,360.


This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Machang
http://hmachang.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hmachang.moh.gov.my/v3/modules/xt_conteudo/index.php?id=22